Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.
Usahawan Muslim : Implimentasi dinar dan dirham dalam muamalat
Pagi tadi saya berkesempatan untuk membeli seekor kambing di Gombak bersama En Alfian Hashim ,iaitu tuan punya ladang kambing.Setelah pemilihan kambing, maka harga yang dipersetujui adalah RM600 termasuk kos-kos lain termasuk upah dan kos penghantaran.En Alfian bersetuju menerima dinar dan dirham sebagai pengganti RM dan ini bermakna kosnya adalah 1 Dinar dan 3 Dirham (termasuk kos lain-lain).MasyaAllah harga kambing-kambing tersebut sesungguhnya tidak berubah selama 1400 tahun lebih. Di zaman Rasulullah SAW harga kambing sekitar 1 Dinar; maka sekarang juga 1 Dinar.
Apakah tujuan transaksi dalam dinar dan dirham?
Seharusnya transaksi sebegini adalah penyelesaian kepada inflasi.Bagaimana kita pada hari ini merungut tentang kenaikan harga barang yang mendadak.Transaksi sebegini juga dapat dilakukan dimana-mana di dunia ini,jika di Malaysia harga seekor kambing 1 Dinar,maka di Indonesia harganya juga 1 Dinar.Mungkin tak berapa menarik kalau dibandingkan dengan kambing,sekarang saya bandingkan gaji counterpart saya di US.Dengan jobscope yang sama, masa kerja yang sama mereka dibayar USD8000 sebulan,tapi gaji saya disini jauh lebih rendah dari mereka (tak payah la cerita berapa ye).Agak-agaknya kalau sistem Dinar diguna pakai untuk pembayaran gaji,menarik tak?
Namun begitu pada pandangan saya, implementasi sebegini amat jauh untuk dipraktiskan atas kesedaran orang ramai yang begitu rendah terhadap fungsi sebenar dinar dan dirham.Sebab utama orang ramai tidak membeli menggunakan dinar dan dirham sebagai medium transaksi ialah kerana mereka tidak mendapati apa-apa kelebihan sebagai pembeli atau pengguna.Tanpa memberi sebab mengapa harus orang ramai memiliki emas, segala usaha untuk memberi ilmu kepada orang ramai tidak akan berjaya. Mereka sudah selesa dengan keadaan sedia ada.Hari ini kita hidup dimana segala sesuatu di monopoli,dibrainwash dan ini bukan hal yang alamiah, kita tidak biasa untuk menerima sesuatu yang baru.
Buat masa ini,biar lah kita dalam ‘belajar-belajar’ dulu walaupun sukar,namun ianya tidak mustahil.InsyaAllah

Admin
Hariz-Pakar Pelaburan
013-7245176
''Untuk mengikut agama kita,gunalah emas. Emas adalah pelindung kekayaan kita yg sebenar.''

No comments:
Post a Comment