Monday, January 7, 2013

DINAR sebagai MAS KAHWIN

Dalam Daulah Islamiah Dinar Emas adalah alat perantaraan pertukaran (a medium of exchange). Ia adalah wang (money) dan ia adalah matawang (currency). Wang digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Wang diterima sebagai bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dijual. Wang yang digunakan untuk jual-beli dikenali sebagai ”legal tender.” Selain dari berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran, wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai (measurement of value), alat bayaran tertangguh (instrument of deferred payment), iaitu, alat pembayaran hutang, unit akaun (unit of account) dan alat penyimpan nilai (store of value). Kepada fungsi ini boleh ditambah dua lagi fungsi, iaitu, alat spekulasi dan alat empayar (tool of empire). 

Dinar Emas juga berfungsi sebagai alat pembayaran zakat, mahar perkahwinan dan alat pembayaran denda berkaitan kesalahan jenayah di bawah hukum-hukum Islam seperti hudud dan lain-lain. 

Memandangkan musim kahwin bakal tiba maka saya akan fokus dulu kepada penggunaan dinar sebagai mahar perkahwinan. 

Dinar Emas sebagai mahar perkahwinan 

Menurut istilah syarak, mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Mahar perkahwinan atau mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’ dapat dinilai dengan wang. 




Antara kisah terkenal dan terawal yang menggunakan dinar emas sebagai mahar perkahwinan adalah artis M Nasir dan Marlia Musa. 

” Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan. 

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. 

Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’” 


Amat menarik sekali kisah diatas atas beberapa sebab.Yang pertama penggunaan dinar pada masa itu belum pun meluas,malah dinar yang dikeluarkan secara rasmi dalam dunia moden ialah yang dikeluarkan oleh UAE lebih kurang setahun selepas pernikahan M Nasir. Keduanya jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Omar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 22 karat ,maka harga jatuh bagi 1 dinar masa itu adalah RM153 ,dan pada masa artikel ini ditulis harga 1 dinar adalah RM720(7/1/2013), maka jumlah keseluruhannya telah bernilai RM9360. Anda pilih,mas kahwin dalam ringgit atau dalam dinar? 



Admin
Hariz-Pakar Pelaburan
013-7245176


''Untuk mengikut agama kita,gunalah emas. Emas adalah pelindung kekayaan kita yg sebenar.''


No comments:

Post a Comment