Monday, January 7, 2013

Harga Kambing 1400 Tahun Dahulu Masih Sama Dengan Sekarang

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . 

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Usahawan Muslim : Implimentasi dinar dan dirham dalam muamalat 

Pagi tadi saya berkesempatan untuk membeli seekor kambing di Gombak bersama En Alfian Hashim ,iaitu tuan punya ladang kambing.Setelah pemilihan kambing, maka harga yang dipersetujui adalah RM600 termasuk kos-kos lain termasuk upah dan kos penghantaran.En Alfian bersetuju menerima dinar dan dirham sebagai pengganti RM dan ini bermakna kosnya adalah 1 Dinar dan 3 Dirham (termasuk kos lain-lain).MasyaAllah harga kambing-kambing tersebut sesungguhnya tidak berubah selama 1400 tahun lebih. Di zaman Rasulullah SAW harga kambing sekitar 1 Dinar; maka sekarang juga 1 Dinar. 

Apakah tujuan transaksi dalam dinar dan dirham? 

Seharusnya transaksi sebegini adalah penyelesaian kepada inflasi.Bagaimana kita pada hari ini merungut tentang kenaikan harga barang yang mendadak.Transaksi sebegini juga dapat dilakukan dimana-mana di dunia ini,jika di Malaysia harga seekor kambing 1 Dinar,maka di Indonesia harganya juga 1 Dinar.Mungkin tak berapa menarik kalau dibandingkan dengan kambing,sekarang saya bandingkan gaji counterpart saya di US.Dengan jobscope yang sama, masa kerja yang sama mereka dibayar USD8000 sebulan,tapi gaji saya disini jauh lebih rendah dari mereka (tak payah la cerita berapa ye).Agak-agaknya kalau sistem Dinar diguna pakai untuk pembayaran gaji,menarik tak? 

Namun begitu pada pandangan saya, implementasi sebegini amat jauh untuk dipraktiskan atas kesedaran orang ramai yang begitu rendah terhadap fungsi sebenar dinar dan dirham.Sebab utama orang ramai tidak membeli menggunakan dinar dan dirham sebagai medium transaksi ialah kerana mereka tidak mendapati apa-apa kelebihan sebagai pembeli atau pengguna.Tanpa memberi sebab mengapa harus orang ramai memiliki emas, segala usaha untuk memberi ilmu kepada orang ramai tidak akan berjaya. Mereka sudah selesa dengan keadaan sedia ada.Hari ini kita hidup dimana segala sesuatu di monopoli,dibrainwash dan ini bukan hal yang alamiah, kita tidak biasa untuk menerima sesuatu yang baru. 

Buat masa ini,biar lah kita dalam ‘belajar-belajar’ dulu walaupun sukar,namun ianya tidak mustahil.InsyaAllah



Admin
Hariz-Pakar Pelaburan
013-7245176


''Untuk mengikut agama kita,gunalah emas. Emas adalah pelindung kekayaan kita yg sebenar.''

DINAR sebagai MAS KAHWIN

Dalam Daulah Islamiah Dinar Emas adalah alat perantaraan pertukaran (a medium of exchange). Ia adalah wang (money) dan ia adalah matawang (currency). Wang digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Wang diterima sebagai bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dijual. Wang yang digunakan untuk jual-beli dikenali sebagai ”legal tender.” Selain dari berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran, wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai (measurement of value), alat bayaran tertangguh (instrument of deferred payment), iaitu, alat pembayaran hutang, unit akaun (unit of account) dan alat penyimpan nilai (store of value). Kepada fungsi ini boleh ditambah dua lagi fungsi, iaitu, alat spekulasi dan alat empayar (tool of empire). 

Dinar Emas juga berfungsi sebagai alat pembayaran zakat, mahar perkahwinan dan alat pembayaran denda berkaitan kesalahan jenayah di bawah hukum-hukum Islam seperti hudud dan lain-lain. 

Memandangkan musim kahwin bakal tiba maka saya akan fokus dulu kepada penggunaan dinar sebagai mahar perkahwinan. 

Dinar Emas sebagai mahar perkahwinan 

Menurut istilah syarak, mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Mahar perkahwinan atau mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’ dapat dinilai dengan wang. 




Antara kisah terkenal dan terawal yang menggunakan dinar emas sebagai mahar perkahwinan adalah artis M Nasir dan Marlia Musa. 

” Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan. 

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. 

Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’” 


Amat menarik sekali kisah diatas atas beberapa sebab.Yang pertama penggunaan dinar pada masa itu belum pun meluas,malah dinar yang dikeluarkan secara rasmi dalam dunia moden ialah yang dikeluarkan oleh UAE lebih kurang setahun selepas pernikahan M Nasir. Keduanya jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Omar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 22 karat ,maka harga jatuh bagi 1 dinar masa itu adalah RM153 ,dan pada masa artikel ini ditulis harga 1 dinar adalah RM720(7/1/2013), maka jumlah keseluruhannya telah bernilai RM9360. Anda pilih,mas kahwin dalam ringgit atau dalam dinar? 



Admin
Hariz-Pakar Pelaburan
013-7245176


''Untuk mengikut agama kita,gunalah emas. Emas adalah pelindung kekayaan kita yg sebenar.''


Sunday, January 6, 2013

Revolusi Penggunaan DINAR dan DIRHAM

        SEGERAKAN PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM


"Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah pula. Jadi tiada sebab kenapa 50 peratus daripada negara Islam patut hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan. Kini masanya sudah tiba untuk kita ubah sikap kita, mengubah sistem kewangan kita kepada yang asal, bersih dari riba dan menadah rahmat kurnia dari Tuhan kita!!"

"Saya berharap kerajaan boleh memberi sedikit dana untuk kita membangunkan dinar emas ini. Ia supaya sistem ini dapat dibangunkan dalam masa dua tahun ini di mana yang dijangkakan pengangguran akan bertambah."
Segerakan guna dinar emas

Merudumnya ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang berasaskan sistem ekonomi kapitalis menyebabkan banyak negara turut dilanda kegawatan ekonomi. Jatuhnya sebuah negara kaya seperti greece,perdana menteri dan menteri kewangannya meletak jawatan,disusuli menteri2nya,dan membentuk kerajaan sementara, dan yang terbaru negara italy,berlaku perkara yang sama, mengundang malapetaka yang sangat dasyat, huru hara dalam negara, demontrasi disana sini, dan yang terbaru, negara kaya Iealand, yang tidak mampu lagi membayar gaji kakitangan awamnya selama 3 bulan berturut-turut, rakyat menderita kelaparan dan sebagainya adalah natijah daripada kegagalan sistem bank pusat dan kejatuhan sistem kapitalis

Bagaimanapun, budaya ekonomi Islam sebenar adalah berasaskan dinar. Ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-‘Imran: 75)
Ini mengingatkan kita kepada saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang penggunaan dinar emas pada tahun 2002.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto NAIM AZIZ menemu bual Dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera bagi mengupas isu ini.


Mega: Apakah peranan sektor perbankan dalam krisis kewangan global sekarang?

DR. AHAMED KAMEEL: Amat jelas bahawa sektor perbankan bertanggungjawab dalam kejatuhan sistem kewangan yang melanda dunia. Dalam hal ini, saya memetik kata-kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy iaitu, “laissez faire telah mati”.
Sektor perbankan dipertanggungjawabkan di atas krisis ini kerana banyak ‘mencipta wang’ tanpa had yang tidak disandarkan kepada apa-apa, pada kadar yang jauh lebih tinggi daripada kemampuan sebenar perkembangan ekonomi sesebuah negara sehingga menyebabkan bubbles.
Wang dan sistem kewangan amat berkaitan dengan penghasilan kekayaan. Dalam hal ini, institusi kewangan memainkan peranan penting. Ia memobilisasi simpanan sedia ada dan menyalurkan kepada para pelabur agar dapat digunakan untuk penghasilan kekayaan.
Sebab itu, peranan institusi kewangan ini tidak boleh dipandang remeh.
Namun, apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

Adakah perbankan Islam selamat daripada krisis ini?

DR. AHAMED KAMEEL: Buat masa ini, bank-bank Islam kelihatan stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrumen hutang seperti tanggungan hutang berasaskan kolateral (collateralized debt obligations) atau instrumen derivatif (credit default swaps) yang menyebabkan kejatuhan sistem kewangan.

Bagaimanapun, semua bank adalah saling berkaitan antara satu sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan. Oleh itu, kejatuhan bank-bank konvensional akibat pengecutan kredit (credit crunch) akan juga menjejaskan perbankan Islam.
Pada masa ini, perbankan Islam telah bergabung dengan perbankan konvensional. Oleh kerana itu, mereka saling berkaitan melalui rekod-rekod perakaunan. Ini mengakibatkan bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan kewangan global.

Sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi dalam ruang lingkup sistem perbankan rezab berkadar (fractional reserve banking) yang menggunakan ‘wang fiat’ yang tidak disandarkan dengan komoditi sebenar seperti emas dan perak.

Bagaimana penggunaan dinar emas boleh mengatasi kerapuhan kredit yang dialami sekarang?

DR. AHAMED KAMEEL: Jika bank dan kewangan Islam mahu memainkan peranan yang lebih bermakna ke arah peningkatan ummah, ia harus kembali kepada bentuk asal. Menyandarkan wang kepada ekonomi benar melalui komoditi utama.

Sekarang adalah masa yang sesuai memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang. Ia boleh mengelakkan penghasilan wang yang akan mewujudkan bubbles. Tanpa usaha dan langkah tersebut adalah mustahil memerangi masalah kemelesetan ekonomi global.
Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2002 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, dipandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah. Ramai yang tidak percaya dolar AS akan runtuh sebagai mana hari ini.

Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dalam ekonomi, dinar boleh berperanan untuk meningkatkan serta mempertahankan kekayaan. Emas juga tidak mudah runtuh dan nilainya akan meningkat semasa inflasi. Bukan seperti mata wang di mana semasa inflasi nilainya akan jatuh.

Saya yakin apabila harga barang diletakkan pada kadar emas inflasi tidak akan berlaku. Emas tidak boleh dicipta sesuka hati dan nilainya bukan sahaja tetap, tetapi ia juga tidak mudah rosak walaupun ditanam beratus-ratus tahun lamanya. Sebab itu, selepas krisis ekonomi pada tahun 1997 akibat penyangak mata wang George Soros, kerajaan mengenalpasti bahawa dinar emaslah penyelesaiannya.

Penggunaan dinar emas bukan bermakna kita mesti memikul emas setiap kali berurus niaga. Sebaliknya, ia menjadi asas kepada kedudukan simpanan kewangan kita.
Antara mekanisme berbelanja ialah mewujudkan sistem pembayaran emas elektronik seperti kad debit yang digunakan sekarang. Dengan itu, kita boleh berbelanja tanpa menggunakan wang fizikal.

Spekulator mata wang pun tidak boleh membuat spekulasi sebab dinar emas ini adalah benar bukan seperti wang yang boleh dicetak sesuka hati yang tiada nilai intrinsik.
Contohnya, Semasa Perang Vietnam 1969-1975, AS dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan.

Ironi dalam hal ini adalah tidak yakinnya negara-negara Islam termasuk anggota OIC menggunakan dinar emas. Bagaimana mengatasinya?

DR. AHAMED KAMEEL: Antara sebab paling kuat adalah kita sudah terlalu lama dalam sistem kewangan sedia ada. Kita sangka sistem perbankan AS itu yang terbaik.
Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua mata wang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan mata wang AS.
Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Ia runtuh dalam pemerintahan Uthmaniah yang membuat pinjaman wang dari Britain.

Jangan kita bimbang membebaskan diri daripada sistem kewangan konvensional yang mengamalkan riba. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu... (al-Baqarah: 279)

Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.

Apabila kita terima dolar sebagai mata wang antarabangsa, mereka boleh menciptanya begitu sahaja lalu membeli barang dari seluruh dunia. Itulah yang akan dilakukan dengan wang pembiayaan AS700 bilion dan beberapa trilion oleh Federal Reserve bagi menangani krisis kewangan termasuk Lehman Brothers di AS.
Saya berharap kerajaan boleh memberi sedikit dana untuk kita membangunkan dinar emas ini. Ia supaya sistem ini dapat dibangunkan dalam masa dua tahun ini di mana yang dijangkakan pengangguran akan bertambah.

Jika kita melaksanakan suruhan Allah, insya-Allah kita akan dipelihara daripada kesulitan. Malah diberi rezeki daripada pelbagai cara. Allah berfirman yang maksudnya: Jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (al-A’raaf: 96)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang maksudnya: Dan jika mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah mereka...(al-Maidah: 66)

Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah pula. Jadi tiada sebab kenapa 50 peratus daripada negara Islam patut hidup dalam kemiskinan. Kini masanya sudah tiba untuk kita ubah sikap kita, mengubah sistem kewangan kita kepada yang asal, bersih dari riba dan menadah rahmat kurnia dari Tuhan kita.

SEKARANG... INILAH HASILNYA!!!

PLN Yunani Sabotase Aliran Listrik ke Kantor Pemerintah
Rabu, 16 November 2011 16:31 WIB
Today Analysis Forex
• Akankah Pelemahan GBPUSD Berlanjut ke 1.5660?
• USDCHF Masih Solid Dalam Channel Bullish
• EURUSD Berpotensi Rebound Sebelum Turun Lebih Jauh
• EUR: Cenderung Bearish, Bidik 1.3311
• GBP: Terpuruk, Pecah Resistance 1.5800, Potensial ke 1.5866
Monexnews - Pekerja di perusahaan milik negara melakukan sabotase terhadap kantor pemerintahan Yunani. Karyawan perusahaan listrik memutus pasokan energi ke Departemen Kesehatan karena institusi bersangkutan belum kunjung membayar tunggakan jutaan euro.
Para pekerja, yang berasal dari serikat buruh GENOP, memutus aliran listrik selama 4 jam. Mereka menuntut instansi pemerintah itu melunasi tagihan dari Public Power Corporation (PLN negara Yunani) senilai 3,8 juta euro. Sedangkan total tagihan pemerintah pusat kepada PPC sudah mencapai 141 juta euro.
Kementerian kesehatan di Athena mengatakan bahwa sambungan listrik akan kembali normal pada siang hari waktu setempat. Pekerja PPC juga memprotes pajak properti baru terhadap penggunaan listrik rumah tangga. Dalam aturan itu, pihak yang tidak membayar tagihan listrik akan langsung terkena pemutusan aliran. Hal itu sangat memberatkan warga yang saat ini tertekan oleh himpitan ekonomi nasional. Besaran pungutan baru ditetapkan antara 50-20 sen euro per meter persegi. Kebijakan baru itu diharapkan mampu memberi pemasukan segara sekitar 2 miliar euro di akhir tahun.
"Pajak itu sulit diterima," ujar Presiden GENOP, Nikos Fotopoulos kepada media Kathimerini. Ia menilai kebijakan sebagai upaya jalan pintas di saat pemerintah sendiri gagal melunasi tagihan listriknya


LANGKAH AWAL PENGGUNAAN DINAR DIRHAM

Apabila Anda sudah faham mengenai muslihat wang kertas, bahaya inflasi,
bahaya riba, keburukan perbankan dan kapitalisme yang diuraikan di sini
maupun dari sumber-sumber
lainnya, Anda pasti ingin memulai menggunakan Dinar Dirham dalam
kehidupan sehari-hari. Pertanyaan yang barangkali muncul, bagaimana
memulainya? Apa yang harus dilakukan pertama kali?

Beberapa tindakan yang dapat kita mulai dan paling memungkinkan untuk
menggunakan
dinar dirham adalah sebagai berikut:

1. Menukari tabungan jangka panjang Anda dari Bank/wang kertas ke Dinar Dirham.
2. Bayarlah zakat harta Anda dengan Dinar Dirham.
3. Kalau Anda mau berkahwin, gunakan Dinar Dirham sebagai mahar.
4. Sebarluaskan informasi mengenai Dinar Dirham ini ke keluarga dan teman2 terdekat Anda.
5. Apabila Anda pedagang, mulailah sedikit demi sedikit menggunakan/menerima Dinar Dirham sebagai alat transaksi.
6. Lagi, sebagai pedagang, cubalah menggunakan Dinar Dirham untuk membayar sebahagian gaji karyawan Anda atau menjadikannya sebagai basis gaji.
7. Apabila Anda pekerja swasta, informasikan tentang Dinar Dirham ini ke bos Anda. Ajak beliau untuk menggunakannya dalam transaksi dan membayar sebahagian gaji Anda.
8. Mulailah membenci riba dan anak2nya.....

Mari kita cuba bahas satu per satu.

Penukaran Tabungan Jangka Panjang/Berlebih dari Bank/wang Kertas ke Dinar Dirham.

Apa maksudnya tabungan jangka panjang/berlebih? Sederhananya, tabungan yang menurut Anda tidak akan diambil/digunakan dalam waktu minimal 1 tahun. Misalnya tabungan haji, tabungan pendidikan anak, tabungan beli tanah/rumah, dll.

Untuk apa? Tentu sahaja paling tidak sebagai pelindung nilai dari harta Anda supaya tidak tergerus inflasi yang merampas hasil jerih payah Anda.

Kenapa tabungan jangka panjang? Tentu sahaja supaya arus belanjawan harian Anda tidak terganggu. Belum semua orang tahu dan mahu menerima Dinar Dirham sebagai alat jual beli. Untuk jual beli sehari2, silakan tetap gunakan uang kertas Anda. Anggap itu kondisi darurat.

Dimana menukarkannya? Silakan datang ke Wakala terdekat

Kalau pakai emas jongkong 24k boleh ke tidak? boleh tidak ada yg melarang, tapi agak sulit kalau mau bayar zakat.

Dimana saya menyimpannya supaya selamat? Terserah Anda, di rumah juga bisa. Kalau khawatir, sewalah deposit box, atau simpan ke tabungan Dinar apabila Wakala terdekat mempunyai fasilitinya.

Selain bermanfaat bagi Anda dan keluarga, menarik tabungan jangka panjang dari Bank juga akan memberi kesan negatif bagi Bank. Semakin banyak keluarga yang mengambil tabungannya maka akan semakin cepat sistem Bank menjadi kolaps. Tentu saja kita harus membuat sistem riba ini kalah dan hancur sedemikian rupa, untuk memulai sistem yang jauh lebih adil.

FAKTA:PERAK adalah masa depan EMAS

Sebelum itu tahukah anda bahawa selain emas.. silver juga adalah pelaburang yang sangat menguntungkan jika kena caranya.. jom review sikit pendapat dan info berkaitan perak atau silver yang di sediakan oleh pemain-pemain silver tegar :

FAKTA: Silver Adalah Emas Masa Depan!

Saya tunjukkan kepada anda, graf kenaikan harga emas dan silver. Kemudian, anda boleh lihat perbandingan keuntungan antara emas dan silver.



Rajah menunjukkan naik turun harga emas dan perak dari tahun 2001 – 2011
—————-
Bukankah emas lebih berharga daripada silver? Bukankah emas sentiasa dicari dan dibeli dan pasarannya cukup HOT!
Saya mempunyai sebab tersendiri yang kukuh untuk mengatakan bahawa pelaburan silver amat menguntungkan. Ketahui sebab-sebabnya seperti di bawah.
  • Kos Pelaburan Rendah – Memang betul. Harga silver jauh lebih rendah daripada emas. Anda tak perlu keluarkan sehingga beribu ringgit untuk membeli sejongkong silver. Malah, anda boleh gandakan keuntungan pelaburan anda berlipat kali ganda tanpa sebarang tambahan modal. Baca sehingga habis laporan ini kerana saya turut berkongsikan strategi HEBAT itu!
  • Risiko Tinggi, Untung pun TINGGI! – Pergerakan Turun Naik Harga Silver adalah amat pantas. Namun begitu, silver sekarang berada di dalam trend menaik yang biasanya boleh berjalan hingga 5 – 10 tahun lagi. Target konservatif untuk harga silver adalah USD200/oz! 6x kali ganda dari harga sekarang!
  • Silver VS Emas VS ASB – Jika saya diberi pilihan untuk melabur dalam ketiga-tiga bidang pelaburan itu, saya gerenti, saya akan abaikan emas dan ASB. Ini kerana, peratusan kenaikan harga silver adalah 1.6X ganda daripada emas. Manakala, dividen ASB hanya 8-9% sahaja setahun. Mana nak untung macam tu!
  • Sumber Kurang, Permintaan Tinggi – Satu sumber sahih mengatakan, tiada stok simpanan untuk silver berbanding 1980 sebanyak 3.5 billion oz. Tetapi, keperluan silver dalam sektor pembuatan sentiasa mendapat sambutan. Sekiranya hal ini berlaku, ini bermaksud permintaan dalam bentuk pelaburan DAN industri ke atas silver akan memuncak. Sekaligus harga silver akan naik berkali-kali ganda.
*pelaburan silver .com 
——————-
Disini saya ingin memperkenalkan tentang Pelaburan Perak atau silver investment. Kenapa Perak dan bukannya emas? Ini kerana sepanjang 10 tahun yang lalu  kenaikan harga PERAK adalah sebanyak 797.66 peratusberbanding EMAS sebanyak 492.36 peratus Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan harga emas. Kalau kita letak RM1000 dalam pelaburan emas pada akhir 2001 kita akan dapat balik lebih kurang RM4923.60 hari ni. Kalau letak kat perak, anda akan dapat RM7976.60.  Jauh lagi HEBAT!
Pada bulan September 2011 ini , harga Tertinggi bagi Emas adalah USD1900.00 /oz dan ketika artilkel in ditulis harga emas dipasaran dunia jatuh sehingga USD1656.00 /oz , manakala harga tertinggi bagi Perak bagi bulan September 2011 adalah USD43.00 /oz dan ketika artikel ini ditulis harganya jatuh sehingga USD30.00 /oz seperti mana juga pelaburan yang lain seperti hartanah dll , keuntungan dicipta ketika membeli dan bukannya ketika menjual , oleh itu , jika seseorang membeli Emas ketika ini dengan harga USD1656 /oz dan harga emas kembali kepada harga USD1900 , maka beliau telah membuat keuntungan sebanyak 12.8 peratus , akan tetapi jika seseorang membeli Perak ketika ini dengan harga USD30.00 /oz dan harga Perak kembali ke USD43.00 /oz maka beliau telah membuat keuntungan sebanyak 30% , cuba anda bayangkan!!!

Bukan itu sahaja harga perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas sekitar 40 hingga 50 kali lebih murah berbanding emas. Oleh sebab yang demikian perak dikatakan sebagai emas orang miskin atau “poor’s man gold” ini kerana semua orang mampu membeli perak.
Perak juga mempunyai banyak kegunaan terutama kegunaan dalam bidang industri, semua produk elektrik mempunyai perak didalamnya kerana perak adalah merupakan pengalir eletrik terbaik. Maka kegunaan perak tidak akan hilang begitu sahaja.




 HARIZ-PAKAR PELABURAN
 013-7245176

MESIN ATM KELUAR EMAS!!!!


Ini merupakan mesin pertama di dunia yang dicipta untuk keluarkan emas.Ia boleh dijumpai dan digunakan di Abu Dhabi.            







Bila MALAYSIA nak ada juga MESIN ni??? :)

Ketahui Rahsia DINAR Yang Sebenarnya

Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.


Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.
Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Ketahui Rahsi Dinar Emas yg Sebenar!!
Untuk keterangan lanjut Hubungi : 013-7245176

Thursday, October 18, 2012

10 Kesilapan Dalam Pelaburan EMAS&PERAK


So, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:
Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. ( Tapi saya suka buat loan beli emas sebab boleh roll bisnes )

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.