Dalam menjalankan sebuah perniagaan samada perseorangan atau perkongsian pertama-tamanya perlu ada modal untuk memulakan perniagaan, daripada modal itu terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:-
i Harta Tetap
ii Harta Semasa
HARTA TETAP
Harta tetap ialah sebahagian modal diambil untuk dibelanjakan bagi keperluan-keperluan Syarikat seperti:-
i Bangunan
ii Tanah
iii Kenderaan
iv Perabut-perabut dan eprkakas-perkakas bagi membantu menjalankan perniagaan
* Harta Tetap TIDAK WAJIB dikeluarkan zakat.
HARTA SEMASA
Harta semasa ialah baki modal seperti:-
i Harta-harta yang belum habis dijual
ii Hasil jualan sepanjang tahun
iii Hutang-hutang pelanggan yang diyakini boleh membayar
iv Dividen atas saham
v Bunos perkerjaan
vi Derma Kebajikan
vii Jaminan Buroh
viii Insuran pekerja
ix Insuran api
* Harta Semasa WAJIB dikeluarkan zakat apabila sampai haulnya setahun.
HARTA-HARTA TANGGUNGAN YANG DITOLAK [ TIDAK DALAM PENGIRAAN ZAKAT]
i Hutang-hutang yang tidak diyakini untuk dibayar
ii Saguhati Jawatankausa
iii Gaji Pekerja
iv Saguhati Pemeriksaan Kira-Kira
v Ganti rugi
vi Pembayaran elektrik, telefon, air dan sebagainya
vii Pembayaran Perkhidmatan (servicing) kenderaan
Formula 1
Jumlah Pelaburan (Modal) + Keuntungan + Harta Semasa – Harta Tanggungan – Bunga X 2 ½ % = __________ (Zakat Yang Wajid Dikeluarkan)
ATAU
Formula 2
Jumlah Pelaburan (Modal) + Keuntungan + Harta Semasa – Harta Tanggungan – Bunga dibahagi 40 = __________ (Zakat Yang Wajid Dikeluarkan)
ATAU
Formula 3
Harta Semasa – Tanggungan Semasa +/- (Pelarasan) x 40
= _________ (Zakat Yang Wajib Dikeluarkan).
Pengiraan Zakat Emas
Kadar Nisab Zakat Emas ialah 85 gram (Nilai Wang = $3,595.50)
Apabila emas yang dimiliki telah cukup nisabnya dan sampai tempoh peredaran selama 1 tahun ia dimiliki (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada emas itu.
Contoh: 100 gram emas X 2.5/100 = 2.5 gram (bersamaan $105.75)
Pengiraan Zakat Perak
Kadar Nisab Zakat Perak ialah 595 Gram
Apabila perak yang dimiliki telah cukup nisabnya dan sampai tempoh peredaran selama 1 tahun ia dimiliki (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada perak itu.
Contoh:
i) 600 gram perak x 2.5 /100 = 15 gram wajib dikeluarkan zakatnya
ii) 1000 gram X 1/40 = 25 gram wajib dikluarkan zakatnya.sumber: Majlis Agama Islam Brunai